Switch Mode

Menara Seribu: Astra Naga – Bab 14

Pengkaji Menara

Ibu Pejabat Majlis Menara Gaia

Isnin, 26 Jun 2034

Ibu Pejabat Majlis Menara Gaia masih bermandikan cahaya, teguh menentang kegelapan malam. Walaupun jam sudah menghampiri tengah malam, deretan skrin di makmal utama Pengkaji Menara terus menyala. Bunyi ketukan papan kekunci berselang-seli dengan perbincangan suara-suara lesu.

Masih ramai pengkaji yang belum berganjak pulang. Antaranya ialah Scott, rakan baik Radiz sejak zaman universiti. Lingkaran gelap di bawah matanya menceritakan tahap keletihannya. Kepalanya menoleh saat susuk Radiz melangkah masuk.

“Kau nampak macam baru lepas menang loteri, Radiz,” tegur Scott dengan suara serak. Cawan kopi yang sudah sejuk diangkat sedikit. “Kita orang dekat sini dah macam mayat hidup.”

Radiz meletakkan beg di atas meja. Ada senyuman nipis yang gagal disembunyikan pada bibirnya. “Mungkin lebih berharga dari loteri,” balasnya tenang. “Kael dah jumpa jawapan.”

Pergerakan tangan Scott terhenti. Cawan kopi itu statik di udara. Sesaat, dia menyangka telinganya tersalah dengar. Namun, melihat riak tenang Radiz, debaran di dadanya mula memukul.

“Kael? Anak kau?” Suara Scott naik seoktaf. “Dia berjaya terjemah skrol tu? Benda yang dua puluh satu orang genius dekat sini tak boleh nak pecahkan?”

Radiz mengangguk perlahan. “Kumpulkan yang lain.” Sebelum sempat Scott membalas, Radiz menambah, “Aku yakin kita boleh buka Gerbang Utama malam ni juga.”

“Kau gila?” Scott terbatuk kecil. “Radiz, kita belum—”

“Aku dah maklumkan Tentera Khas Menara,”...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset