Switch Mode

Menara Seribu: Astra Naga – Bab 19

Medina Kaizer

Dunia Tabun – Tingkat Satu, Menara SeribuHari Ke-10 Gelombang Ketujuh

Kael terbaring kaku tidak jauh dari tebing sungai. Air sungai itu jernih sehingga menampakkan dasar. Saiz sungai itu agak lebar untuk aliran semula jadi di Tingkat Satu, namun ia sarat dengan sumber makanan normal sama seperti di Gaia—ikan kecil, udang, dan siput. Airnya juga bersih, tiada bahaya bagi manusia untuk terus diminum.

Tidak jauh dari situ, seorang wanita bermantel kelabu sedang duduk di atas batu besar. Hud mantel ditarik menutup kepalanya. Pandangannya sesekali beralih ke arah tubuh Kael yang masih belum sedarkan diri.

“Dah sehari dia tak sedar,” gumamnya perlahan. “Patut ke aku tinggalkan dia dekat sini?”

Wanita itu menggeleng. Bukan kerana dia bersimpati atau mempedulikan keselamatan Kael. Dia cuma mahukan jawapan. Ada sesuatu yang dia perlu tahu sebaik sahaja Kael bangun nanti. Ada perkara yang sangat ingin disahkannya.

Dia menundukkan pandangan. Tangan kanannya memegang sebuah buku lusuh berkulit perang. Permukaan buku itu calar-balar dan berdebu.

Pada kulit depannya tertulis:

[Rekod Gelombang Pertama – Gelombang Keenam]

Buku itu bukan buku catatan biasa. Ia dibawa keluar dari Menara Seribu ke dunia luar, Gaia.

Di dalamnya, segala maklumat berhubung menara, termasuk pengalaman, strategi, dan log perjalanan para pendaki terdahulu, telah direkodkan dengan teliti oleh mereka yang pernah selamat keluar. Kini, buku itu dibawa masuk semula ke dalam Menara oleh wanita bermantel kelabu tersebut, salah seorang daripada Pendaki Gelombang Ketujuh yang terpilih.

Wanita itu sedang meneliti corak misi yang diterima oleh setiap Pendaki pada Tingkat Satu.

Berdasarkan maklumat dalam buku itu, kawasan dari Tingkat Satu hingga Tingkat Sepuluh sebenarnya terletak di dalam dunia yang sama iaitu Dunia Tabun. Atas sebab itulah, penguasaan terhadap Bahasa Purba Tabun serta beberapa bahasa purba lain diwajibkan kepada semua Pendaki bermula dari Gelombang Kedua.

Ia bukan sekadar ilmu tambahan, sebaliknya keperluan asas untuk terus hidup. Tanpa pemahaman terhadap bahasa tersebut, ramai Pendaki sebelum ini telah terbunuh akibat gagal menterjemah arahan atau amaran yang terukir di kawasan tertentu.

Setakat ini, hasil kajiannya membuktikan bahawa semua Misi Utama pertama pada Tingkat Satu berkongsi corak...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset