Switch Mode

Menara Seribu: Astra Naga – Bab 20

Menempah Maut

Medina melangkah cemas ke tepi sungai. Langkahnya pantas tetapi berjaga-jaga. Dia menoleh ke arah pandangan Kael yang masih kaku di tebing.

“Apa yang kau nampak?” soalnya dengan nada tegang.

Kael membisu. Jari telunjuknya kekal terarah pada permukaan air. Medina menunduk, namun hanya wajah Kael yang terpantul di situ.

“Itu muka kau,” kata Medina sambil berpaling memandang Kael. “Tak ada apa-apa pun.”

“Aku?” Kael mengerutkan dahi. Dia kembali menunduk ke arah air. Kali ini, riak kecil di permukaan sungai mula reda. Wajahnya terpantul jelas. Memang ada sesuatu yang berbeza.

Raut wajahnya sama, tetapi lebih tajam dan matang. Anak matanya memantulkan kilauan halus berwarna keemasan. Garis rahangnya menjadi lebih terbentuk. Malah, kulitnya kelihatan sedikit bercahaya.

Medina hanya melihat wajah seorang lelaki biasa. Namun bagi Kael, dia sedang merenung pantulan dirinya yang baharu.

Apa yang dah berlaku pada aku sebenarnya? bisik Kael di dalam hati.

Tangan Kael perlahan-lahan menyentuh pipi. Hangat. Ia bukan suhu badan biasa, seolah-olah ada arus tenaga yang sedang mengalir di bawah kulitnya.

Dia merenung telapak tangan. Jalur halus berwarna emas timbul seketika pada kulit sebelum lenyap semula.

Kael menarik nafas dalam. Dadanya terasa sesak. Bukan kerana sakit, tetapi akibat rintangan tenaga luar biasa yang sedang bergelora dari dalam tubuhnya.

Astra, duganya di dalam hati. Jadi, ini kesan dia?

Dia teringat maklumat yang pernah dibacanya di Arkib Menara. Kesemua Pendaki yang direkodkan menerima Astra oleh Majlis Menara Gaia adalah mereka yang sudah melepasi tingkat yang lebih tinggi...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset