Switch Mode

Menara Seribu: Astra Naga – Bab 17

Rahsia Radiz Novera

Laut Sutera

Isnin, 26 Jun 2034

Laut Sutera mengganas malam itu.

Langit hitam pekat, hanya sekali-sekala dirobek oleh cahaya petir di ufuk jauh. Pukulan ombak menghempas badan armada yang terdiri daripada seratus buah kapal perang. Setiap kapal membawa tiga puluh orang kru. Majoritinya adalah komando elit dari pelbagai unit di bawah payung Tentera Khas Menara.

Jika dicampur dengan wakil dari keluarga aristokrat, konglomerat mega, dan skuad Pengkaji Menara, jumlah kepala di Laut Sutera malam itu mencatat angka tiga ribu nyawa. Mereka semua dipanggil dalam keadaan terdesak untuk menyempurnakan satu misi dan juga peluang untuk melihat keajaiban yang bakal berlaku.

Formasi armada itu bergerak ketat menghampiri pulau yang menjadi tapak Menara Seribu. Jika selama ini binaan gergasi itu dipuja sebagai keajaiban dunia, malam ini, disebabkan oleh suasana dan alam sekitar, ia memancarkan aura yang menggerunkan.

Radiz berdiri tegak di hujung geladak, membiarkan angin laut menampar wajahnya. Empat orang komando lengkap bersenjata diposisikan di belakangnya. Ia adalah arahan langsung dari Jeneral Samer yang sedang berdiri tidak jauh dari situ, memerhati dalam diam. Jeneral itu tidak lagi duduk bersandar di kerusi komandan. Dia turun ke geladak untuk menilai situasi dengan mata kepalanya sendiri.

Selain daripada dua puluh satu orang pengkaji tertinggi, tiada seorang pun kru di situ yang tahu apa perancangan sebenar Radiz. Arahan yang mereka terima ringkas: malam ini sejarah akan dicipta, atau… tragedi akan meratah...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset