Switch Mode

Menara Seribu: Astra Naga – Bab 16

Raksasa Yang Tidur

Ibu Pejabat Majlis Menara Gaia

Isnin, 26 Jun 2034

Radiz turun ke lobi utama Ibu Pejabat Majlis Menara Gaia seorang diri. Jam sudah melewati angka dua belas malam. Ruang legar yang luas itu sunyi sepi, sekadar dihidupkan oleh dengungan halus sistem keselamatan. Di luar pintu utama cermin kaca, bayang-bayang anggota Tentera Khas Menara yang sedang membuat rondaan kelihatan samar-samar.

Lobi itu lengang, tetapi suasana pada malam itu terasa padat dan berat. Tidak jauh dari kaunter lobi, Jeneral Samer sedang duduk bersandar santai di atas sofa berkulit hitam premium. Lagaknya persis seorang raja. Dua orang Pengawal Khas berdiri tegap di belakangnya. Tangan mereka rapat pada sarung senjata. Mereka ini adalah askar elit di atas elit—anjing perang yang taat hanya pada tuannya.

“Jeneral Samer,” sapa Radiz ringkas.

Kali ini, tiada tangan yang dihulur untuk berjabat. Tiada tunduk hormat. Radiz sudah penat dan dia tahu protokol berhadapan dengan manusia seperti Samer terutamanya untuk malam ini. Sebarang paparan rasa hormat hanya akan disalah erti sebagai tanda kelemahan. Dia melangkah dan terus melabuhkan punggung di kerusi bertentangan, sekadar dipisahkan oleh sebuah meja kopi kaca.

Samer tidak berganjak. Kepalanya hanya diangkat perlahan. Pandangannya tajam mengimbas Radiz. Baginya, sikap pengkaji di hadapannya ini agak biadab. Tindakan itu mencalar egonya, namun dia ada agenda yang lebih besar malam ini. Dia terpaksa menelan semua itu dan bersabar.

“Profesor Radiz Novera,” suara berat Samer bergema memecah ruang kosong itu. “Dengar cerita...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset