Switch Mode

Menara Seribu: Astra Naga – Bab 15

Ritual dan Mantera

Kwame menelan air liur kelat. Riak wajahnya bergelut antara rasa kagum dan ego yang tidak mahu kalah. Struktur dan tatabahasa terjemahan itu terlalu lancar dan lengkap. Namun, didorong oleh ego yang tercalar, lidahnya bertindak lebih pantas berbanding akal. Dia pantas memecah kesunyian tegang itu.

“Macam mana kita nak sahkan benda ni betul?” soal Kwame dengan nada separuh sinis. “Entah-entah ni cuma imaginasi anak kau. Remaja kan kuat berfantasi.”

Suara itu kedengaran sumbang memecah keheningan makmal. Beberapa pasang mata terus mencerlung ke arahnya. Scott yang berdiri tegak di sisi Radiz pantas mengepal penumbuk.

“Ada logiknya cakap Kwame tu,” sokong Elena, seorang pengkaji wanita dari barisan belakang. Nadanya berhati-hati. “Kita tak ada bukti kukuh untuk sahkan terjemahan ni. Pengesahan berganda wajib dibuat sebelum kita bentang pada Jeneral Samer.”

Greg, pengkaji paling veteran di dalam bilik itu, melepaskan dengusan kasar. “Pengesahan?” Suara seraknya bergema jelas. “Itu masalah saintis muda zaman sekarang. Terlalu skeptikal sampai buta.”

Susuk tuanya bersandar pada kerusi. Matanya menikam tajam ke arah Kwame dan Elena silih berganti. “Kalau kau orang rasa terjemahan ni palsu, aku tak kisah. Ambil masa kau orang dan buktikan ia salah. Tapi buat masa ni, aku seratus peratus yakin dengan terjemahan yang dibentangkan oleh Radiz.”

Kwame terkedu. Wajahnya merona merah. Dia pantas menundukkan pandangan, mengelak daripada terus bertentang mata dengan Greg.

Greg mengalihkan tumpuannya kepada Radiz. “Aku rasa ini bukan semuanya, kan?”

Radiz membalas dengan anggukan perlahan. “Betul. Bahagian seterusnya… agak pelik.”

Jari Radiz menyentuh skrin tablet, menukar paparan. Satu baris terjemahan baharu...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset