Switch Mode

Zoran: Pertempuran Dewa – Bab 20

Kejutan

Inilah ngerinya raksasa berstatus Elit Istimewa.

Mereka memiliki mekanisma pasif yang memulihkan 2 peratus HP setiap 5 saat ketika sedang bertempur. Dengan kapasiti 900 HP, Shrews memulihkan 18 HP setiap 5 saat. Kadar pemulihan luar masuk akal ini memintas sepenuhnya nilai serangan biasa yang mampu dicurahkan oleh Zen.

Zen tersenyum. “Apa? Kau ingat aku terkejut?”

Jika pemain biasa berdepan raksasa dengan HP tinggi begini berserta restorasi nyawa segila ini, mereka pasti sudah menyerah kalah. Menjatuhkan pedang dan pasrah menadah leher menunggu mati. Hanya itu sahaja yang akan terlintas di dalam minda mereka.

Namun, tidak bagi Zen.

Wajahnya kekal tenang. Dia tidak berhenti menghayunkan pedangnya, mengikis rakus sedikit demi sedikit baki nyawa Shrews yang masih banyak.

16 mata Ketangkasan membenarkan tubuh Zen meliuk dan menari, bergerak lincah mengelak setiap serangan berat Shrews. Kelajuan serangan balasnya yang deras turut membolehkan nilai kerosakan Zen memadamkan terus angka restorasi gergasi itu.

Cuma… proses ini memakan masa yang amat panjang.

Nak jadi kuat, memang beginilah prosesnya, desis hati Zen, mengingatkan dirinya sendiri. Sebelum ini pun dia melakukan perkara yang sama. Untuk menaikkan Level, untuk menguasai skil, ini adalah prosesnya. Situasi pertempuran dengan raksasa tidak sama seperti bertempur dengan pemain lain.

Pertarungan yang memerlukan tindakan berulang-ulang ini sebenarnya tersangatlah membosankan. Berlari. Mengelak. Menetak....

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset