Switch Mode

Zoran: Pertempuran Dewa – Bab 13

Aksi

Sebaik sahaja kiraan detik tamat, tubuh Zen terus condong ke hadapan. Lututnya dibengkokkan sedikit sebelum dia memecut laju dari garisan permulaan dengan ledakan tenaga luar biasa, saling tak tumpah seperti seekor harimau bintang yang menerkam mangsa.

BANG!

Bunyi tembakan senapang laras panjang membelah ruang udara, menghentam tepat pada garisan permulaan. Namun, kelibat Zen sudah pun berada tiga meter di hadapan.

Tembakan demi tembakan mula bersahut-sahutan. Enam butir peluru dilepaskan serentak, menyasar tepat ke arah laluan Zen. Pancaran garisan hijau terang yang bertindak sebagai penunjuk trajektori peluru melepasi tubuh Zen tanpa sedikit pun terkenanya. Jika refleksnya lambat waima sesaat, tubuhnya pasti berlubang ditebuk peluru dan dia akan menerima nasib seperti Steve Heart, dibangkitkan semula di luar.

Aku tak sangka akan selaju ini, desis hati Zen, teruja.

Tepat ketika peluru-peluru itu hampir merobek kulitnya, Zen pantas menunduk dan mengelak ke sisi kanan. Langkah lariannya langsung tidak terganggu. Dia terus mara membelah padang sebaik sahaja berjaya melepasi gelombang tembakan kedua tersebut.

Hujan kelongsong peluru bertaburan jatuh ke lantai bertalu-talu apabila ketiga-tiga NPC Gnome itu membidik dan melepaskan tembakan tanpa henti. Riak wajah NPC tersebut berubah. Mereka semakin rakus menembak.

Namun, Zen berjaya mengelak semuanya dengan kelincahan di luar jangkaan para pemain. Rentak pergerakannya sentiasa selangkah lebih pantas berbanding tembakan tersebut, seolah-olah dia mampu mengawal arah peluru itu sendiri.

“Biar betul? Dia dah sampai tanda jarak 10 meter.” Tabib lelaki dari kumpulan Shadow Assassin itu ternganga.

Kelajuan Zen yang mengambil masa kurang daripada lima saat untuk melepasi jarak 10 meter itu benar-benar tidak masuk akal. Masa itu hanyalah separuh daripada apa yang diambil oleh Steve Heart sebentar tadi.

“Bi-bi-biar betul…” Steve Heart yang berdiri di sebelah Tabib itu terkelu lidah. Matanya terpaku tidak berkelip melihat kemaraan Zen.

Pada...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset