Switch Mode

Zoran: Pertempuran Dewa – Bab 11

Cincin Graviti

Berita itu serta-merta mencetuskan kekecohan besar di seluruh pelayan Zoran. Hanya dalam sekelip mata, jumlah klik pada halaman tersebut telah melepasi angka sepuluh juta. Semua orang mula mencari siapakah identiti sebenar Pemedang Misteri tersebut. Malangnya, usaha mereka menemui jalan buntu kerana tiada sesiapa pun yang tahu nama ID pemain itu.

Pada waktu yang sama, Zen telah pun tiba semula di lorong gelap.

“Tuan Songi, ini adalah Lencana Ketua Pekan yang tuan minta,” ujar Zen sambil menyerahkan lencana perak itu kepada pengemis tersebut.

Dengan selesainya misi ini, ia juga bermaksud satu berita buruk buat para pemain lain. Bagi mereka yang sudah pun menerima Misi dari Kongi atau yang masih berharap untuk mendapatkan Misi daripadanya, mereka akan berputih mata.

Kongi tidak akan muncul semula. Mereka tidak akan mempunyai tempat untuk menghantar Misi yang sudah siap. Pekan Daun Merah juga tidak akan lagi mempunyai seorang Ketua Pekan. Setidak-tidaknya buat sementara waktu ini. Namun, Zen tidak peduli tentang semua itu.

“Terima kasih… Terima kasih banyak-banyak. Akhirnya dendam kematian kawan aku sudah terbalas. Benda ini pasti akan bantu kau nanti.”

Songi menghulurkan sebuah kotak kecil yang sangat cantik kepada Zen. Lelaki itu kemudiannya mengambil lencana tersebut dan terus berlalu pergi meninggalkan lorong gelap itu.

[Sistem: Misi Unik “Permintaan Songi” berjaya diselesaikan.

Ganjaran: 2000 EXP, 20 Mata Penguasaan Bebas, 1 [Kotak Hiasan Mewah].]

Satu cahaya memancar membalut tubuh Zen. Tahapnya terus meningkat kepada Level 1, dan dia kini hanya memerlukan 1000 EXP sahaja lagi untuk melepasi Level 2.

Dalam tempoh tiga puluh minit Zoran dilancarkan, pencapaian Zen kini...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset