Switch Mode

Satria: Darah Terakhir – Bab 19

Buku Hitam I

Ada lebih dari seribu satu soalan di kepalanya namun tiada satu pun cara untuk dia mencari jawapan. Dia tidak boleh menegur orang awam. Dia tidak boleh bertanya arah ke perpustakaan. Dia hanyalah… roh di sebuah dimensi atau dunia yang sangat asing.

Dan dia tidak punya pilihan arah tuju. Tarikan berat di dadanya membuat keputusan mutlak, memandunya meredah pasar awam sebelum membawanya semakin jauh ke kawasan kelam.

“Aku kena turutkan sahaja dahulu,” gumam Indra.

Beberapa minit kemudian, susunan batu rata di bawah kakinya beransur-ansur bertukar menjadi jalan retak dan berlumpur. Tiang-tiang putih gergasi tadi digantikan dengan kediaman batu yang sempit, kelam, dan berbau hapak.

Indra memperlahankan langkah. Dia tahu dia sudah tiba di kawasan setinggan.

Hiruk-pikuk jualan yang meriah sebentar tadi kini digantikan dengan keluhan manusia malang. Matanya menangkap beberapa orang kanak-kanak yang kelaparan, duduk di atas tanah yang berdebu dengan pandangan kosong. Lelaki dan wanita tua yang tubuh mereka lemah pula bersandar berat pada dinding batu yang sejuk, mencengkam perut yang lompong dalam derita bisu.

Dada Indra senak. Naluri seorang yang dianugerahkan kemahiran merawat meronta-ronta, mendesak dia melutut dan memeriksa denyut nadi mereka. Dia mahu sangat menyalurkan Prana ke dalam jasad rapuh itu demi melegakan azab mereka, tetapi di sini… dia langsung tidak berkuasa. Dia sekadar roh.

“Maafkan aku, semua,” gumam Indra, penuh dengan rasa bersalah. Dia memaksa dirinya menoleh lantas terus melangkah.

Semakin lama Indra berjalan, tarikan itu terasa semakin...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset