Switch Mode
Aku Benci Novel Cinta
Aktif

Aku Benci Novel Cinta

Bahasa AsalBahasa Melayu
Disiarkan2026
Dibaca:? Bacaan

Ziyad benci novel cinta. Sebagai seorang editor dan penulis hantu, dia sudah muak menghadam jalan cerita klise hero kaya bermasalah dan heroin yang asyik menangis. Prinsip hidupnya mudah: siapkan draf, dapat gaji, dan bayar bil.

Namun, ketenangannya musnah apabila syarikat penerbitan tempat dia bekerja dibeli oleh konglomerat Nadi Group. Semasa CEO baharu yang sedingin ais, Tengku Zara, membuat lawatan mengejut, Ziyad bertindak mensabotaj satu babak klise ‘staf cuai tumpahkan kopi pada bos’. Akibatnya, dia kehilangan satu-satunya komputer riba yang dia gunakan untuk mencari rezeki.

Ziyad asalnya yakin dia akan dibuang kerja selepas ini, sebab itulah dia tidak risau sangat akan komputer riba miliknya. Dia sudah merancang untuk balik ke kampung dan hidup tenang berbekalkan sebatang cangkul. Tetapi, reaksi pragmatik dan selambanya itu malah menarik perhatian Tengku Zara yang sudah muak dikelilingi pekerja kaki ampu.

Bukannya dipecat, Ziyad dan seluruh pasukan Penerbitan Aksara sebaliknya diberikan ruang pejabat baharu dan akan bekerja di ibu pejabat gergasi milik Nadi Group. Kini, lelaki yang anti-drama ini terpaksa menggunakan segala ilmu klise novelnya untuk menangkis politik pejabat, pengkhianatan, dan konspirasi korporat, sambil bermati-matian cuba mengelak daripada jatuh cinta dengan bos besarnya sendiri.

Bookmark

Baca Aku Benci Novel Cinta

Jilid 1

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset