Switch Mode

Ethan Cole: Sistem Infiniti – Bab 55

Masa Untuk Pindah

Ibu Pejabat Polis Bandar NovanJumaat, 22 Jun 2040

Detektif Elena Harper duduk di belakang mejanya. Bidai ditarik rapat, membiarkan cahaya pagi yang terpecah menjadi garis-garis pucat jatuh di atas timbunan fail pembunuhan.

Pen di tangannya mengetuk permukaan fail dengan irama tetap. Tuk. Tuk. Tuk.

Detektif James Callahan bersandar pada bucu mejanya, tangan bersilang. Dia tidak berkata apa-apa, hanya menunggu. Dia tahu Elena tidak suka diganggu ketika sedang meneliti sesuatu.

Akhirnya, ketukan itu berhenti.

“Mayat tanpa nama dari kereta api itu,” kata Elena perlahan. “Yang tiada dalam senarai penumpang. Kita sudah dapat padanan.”

James mengangkat kening. “Siapa?”

“Namanya Long. Dari Bandar Lumut.”

Elena membuka fail dan menolak sekeping gambar kepadanya. Gambar itu kabur, dirakam daripada kamera keselamatan, memaparkan seorang lelaki bertubuh besar dengan wajah yang keras.

“Pembunuh upahan,” katanya. “Pemberi maklumat aku kata Keluarga Harlow yang mengupah dia.”

James berdehem, cuba untuk melegakan kerongkongnya sebelum berbicara.

“Harlow,” gumamnya, hampir meludah nama itu. “Apa urusan mereka sampai datang sejauh ini?”

Elena terdiam seketika. Nada suaranya direndahkan, seolah-olah ada orang lain di dalam pejabat itu.

“Kau masih ingat pembunuhan beramai-ramai di bar Lumut minggu lepas? Jed Harlow—anak sulung Lee—mati dibunuh.”

James meraup wajahnya. “Aduh. Sepatutnya berkabunglah dulu. Ni tak. Orang lain yang terpaksa berkabung.”

Dia memandang Elena, “Jadi punca semua ini dari balas dendam?”

“Balas dendam untuk pewaris mereka satu hal,” ujar Elena, pandangannya dingin. “Tapi melibatkan orang awam? Membunuh seluruh gerabak kereta api untuk mendapatkan seorang sasaran? Itu bukan lagi urusan keluarga.”

Dahi James berkerut. “Jadi siapa sasaran itu sebenarnya? Kita ada nama?”

Elena tidak segera menjawab. Dia menolak sebuah fail lain ke arahnya—lebih tebal, dihimpunkan daripada laporan lama, dokumen yang dipadam, dan maklumat tersebar dari kawasan pedalaman.

“Ia bermula beberapa bulan lalu,” katanya. “Tiga keluarga yang masih berkait dengan persatuan koboi...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset