Switch Mode

Zoran: Pertempuran Dewa – Bab 15

Dendam dan Rancangan

Sementara itu, sebaik sahaja Zen melangkah keluar dari bayang bangunan Pasaran Gelap, dia disambut oleh suasana Zon Perdagangan yang jauh berbeza berbanding tadi.

Suasana kini lebih bingit dan kecoh. Pengumuman sistem mengenai pencapaian First Clear Cabaran Hadiah Tembaga sebentar tadi nampaknya telah mencipta gelombang kejutan baharu. Pemain-pemain kelihatan berkerumun di merata-rata sudut, bukan lagi untuk berurus niaga, tetapi rancak bertegang urat membahas berita tersebut.

“Pemedang yang pecahkan rekod tu… kau rasa dia pemain misteri yang sama bunuh Ketua Pekan tadi ke?” tebak seorang pemain kelas Pemanah dengan dahi yang berkerut.

“Gila kau! Mustahil!” cantas rakannya laju. “Apa yang berlaku di Dewan Pekan dan Pasaran Gelap… mustahil untuk orang yang sama lakukan kejutan demi kejutan begini.”

Seorang lagi rakan mereka mengangguk laju. “Lagipun, kejadian tu baru je berlaku. Aku berani potong jari, Pemedang yang menang cabaran ni pasti pemain elit yang berbeza!”

“Lagi teruk la macam tu…” Seorang lagi pemain mencelah, meraup wajahnya kasar. Tekanan jelas terpancar pada wajahnya. “Kalau betul itu orang lain, maksudnya ada sekurang-kurangnya dua orang pemain elit atau pakar yang wujud kat pekan kecil kita ni. Macam mana kita nak bersaing kalau dari awal lagi dah muncul raksasa-raksasa macam tu? Silap-silap, semua ganjaran menarik ni dia orang yang sapu bersih dulu!”

Rungutan demi rungutan itu meresap masuk ke telinga Zen. Dia hanya membiarkannya berlalu bersama senyuman nipis di...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset