Switch Mode

Zoran: Pertempuran Dewa – Bab 14

Libasan Kilat

“Aku nampak. Tak payah kau nak ingatkan aku,” pintas Steve Heart rimas. Matanya kini terpaku bulat pada kelibat Zen di dalam gelanggang.

Sebaik sahaja tapak kaki Zen memijak garisan penanda 25 meter, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.

“Mati kau!” bentak salah seekor Gnome di garisan penamat berserta ketawa berdekah. NPC itu pantas menarik keluar selaras senapang automatik lalu melepaskan tembakan melulu.

Dalam sekelip mata, jumlah peluru yang bertebaran di ruang udara berlipat ganda kepada dua puluh empat butir. Sangat jelas ketika ini di mata para pemain bahawa dunia Zoran tidak akan berikan mereka kemenangan mudah. Lebih menakutkan, tiada apa yang mereka boleh jangka di dalam dunia ini. Mereka perlu sentiasa bersedia dan berwaspada.

Namun, apa yang lebih gila adalah jarak antara Zen dengan puluhan peluru itu hanyalah lima meter. Bagi mana-mana pemain biasa, jarak sebegitu menjanjikan kematian mutlak. Ruang untuk mengelak sudah tertutup rapat.

“Apa ni?! Main tipu!” jerit Steve Heart.

Pemain-pemain lain yang melekat pada jaring penonton turut menahan nafas. Masing-masing melepaskan maki hamun, berang melihat kelicikan dan taktik kotor pihak penganjur Gnome.

Menghadap ribut peluru tersebut, riak wajah Zen terus bertukar tegang. Biarpun dia sudah hafal corak perubahan serangan di penanda 25 meter ini, debaran di dadanya tetap memukul kencang. Melihat puluhan butir peluru menghala tepat ke arahnya dari jarak sedekat ini bukanlah satu...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset