Polisi Pemulangan & Bayaran Balik
Polisi Pemulangan & Bayaran Balik
Terakhir dikemas kini: September 2026
Sila baca polisi ini dengan teliti sebelum membuat sebarang pembelian. Dengan membuat transaksi di platform The Bukuz, anda bersetuju dengan terma yang ditetapkan di bawah.
1. Produk Digital (Bukuz Coins & E-Book)
Memandangkan produk digital boleh diakses secara serta-merta selepas pembelian berjaya, semua jualan adalah muktamad.
- Tiada Bayaran Balik (No Refund): Kami tidak menawarkan sebarang pemulangan wang, pemulangan semula (return), atau pembatalan untuk pembelian Bukuz Coins dan E-Book atas apa jua sebab sekalipun (termasuk pertukaran fikiran atau tersalah beli).
2. Produk Fizikal (Buku & Cenderamata)
Bagi pembelian barangan fizikal melalui platform kami, terma berikut adalah terpakai:
- Tiada Pembatalan: Pesanan yang telah disahkan dan dibayar tidak boleh dibatalkan, dan tiada pemulangan wang akan diberikan atas sebab pembatalan.
- Barangan Rosak / Cacat: Jika produk yang anda terima didapati rosak atau cacat dari pihak kami, anda mesti mengemukakan bukti bergambar dan bervideo kepada e-mel sokongan kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh barang tersebut diterima (berdasarkan rekod penjejakan kurier).
- Proses Gantian: Produk yang disahkan rosak akan diganti dengan unit baharu dalam tempoh 30 hari bergantung pada ketersediaan stok semasa.
- Ketiadaan Stok (Out of Stock): Sekiranya stok gantian telah kehabisan, pihak The Bukuz akan menghubungi anda untuk perbincangan lanjut—sama ada anda sanggup menunggu kumpulan stok (batch) yang seterusnya, atau kami akan menawarkan pemulangan wang penuh untuk item tersebut.
3. Kecuaian Maklumat Pembeli
Ketepatan maklumat adalah tanggungjawab pembeli sepenuhnya.
- Kesilapan Data: Sebarang masalah yang timbul akibat kecuaian pelanggan seperti tersalah memberikan alamat e-mel untuk Bukuz Coins, atau tersalah tulis alamat penghantaran untuk produk fizikal, tidak melayakkan anda untuk mendapat pemulangan wang automatik atau gantian percuma.
- Budi Bicara: Bantuan untuk membetulkan kesilapan maklumat atau usaha menjejak semula bungkusan yang tersalah hantar adalah bergantung sepenuhnya kepada budi bicara pihak pengurusan The Bukuz.