Sekalipun dia sudah mempunyai rencana untuk hair esok, dia tidak boleh bazirkan masa untuk malam ini. Setiap saat adalah berharga. Lagipun, dia mempunyai satu misi lagi yang mempunyai tempoh masa.
Dia perlu menyiapkan prototaip untuk aplikasi penghantaran makanan Bandar Novan—projek dan kerjasama dengan David Turner. Ethan bergerak ke arah meja dan duduk di kerusi. Dia merenung permukaan komputer riba yang baru dibelinya itu.
Ia merupakan sebuah mesin yang cukup hebat—pemproses terkini, memori maksimum, kad grafik terkini, dan skrin dengan resolusi yang cukup tajam untuk membutakan mata.
“Kalau dulu… pasti aku dah duduk berjam lamanya semata-mata nak belek laptop baru,” gumam Ethan.
Ethan yang lama—yang terpaksa berkira setiap sen untuk beli mi segera—pasti sudah mengoyakkan kotaknya sebaik sahaja pulang ke rumah. Dia pasti sudah habiskan masa berjam-jam menyusun segala perisian, semata-mata untuk menikmati hakikat bahawa dia memiliki sesuatu yang tidak tersekat-sekat apabila membuka dua tab serentak.
Tapi Ethan yang ini?
Dia hanya melihatnya. Baginya, ini bukan lagi keterujaan.
Dia menekan butang kuasa. Mesin canggih itu hidup serta-merta, cahaya skrin membanjiri bilik malap. Tiada lagi bunyi kipas yang terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan suhu dan kemudiannya semput. Tiada ikon memuat turun yang berputar tanpa henti. Semuanya terus bersedia.
Baiklah. Masa untuk mendominasi pasaran.
Dia tidak membuang masa. Jari-jemarinya menari laju di atas papan kekunci, memuat turun segala perisian yang diperlukan. Dia memerhati bar loading dan teringat bahawa kelajuan internetnya masih perlahan.
Ada mesin terbaik tapi internet semput, tak jadi juga.
Dia kemudiannya membuka aplikasi penyedia servis internet, MASA,...