Switch Mode

Penerangan Ilustrasi AI

🎨 🤖

Disclaimer: Penggunaan Ilustrasi AI

Di The Bukuz, kejujuran bersama pembaca dan pengkarya seni adalah prinsip utama kami. Kami ingin berterus-terang mengenai penggunaan imej janaan Kecerdasan Buatan (AI) di platform ini.

Realiti Kekangan Modal Permulaan

Sebagai sebuah platform mandiri yang baru bertapak, kami berdepan dengan realiti kekangan bajet. Kos untuk mengupah ilustrator pemula mahupun profesional bagi melukis berpuluh-puluh muka depan novel dan ratusan rekaan karakter adalah sangat tinggi dan di luar kemampuan modal pusingan kami pada fasa awal ini. Oleh sebab itu, kami menggunakan teknologi Generative AI sebagai penyelesaian sementara untuk menghidupkan visual siri-siri kami.

Kami Tetap Menyokong Bakat Tempatan

Keputusan menggunakan AI bukanlah bermaksud kami mengenetepikan atau tidak mahu menyokong ilustrator tempatan. Kami sangat menghargai 'sentuhan manusia' dan nilai seni sebenar yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana mesin.

Perancangan Masa Depan (Ilustrasi Asli)

Hakikatnya, pihak kami sudah pun mengenal pasti dan menghubungi beberapa ilustrator tempatan yang berbakat besar. Visi kami jelas. Apabila The Bukuz mula berkembang kukuh dan menjana pendapatan yang stabil melalui sokongan anda, secara berperingkat, kami akan menggantikan visual AI dengan hasil karya ilustrasi asli 100% untuk siri-siri di platform kami.