Bahang terik matahari mula beransur reda apabila angin petang Selasa menderu perlahan menyapu kawasan padang Akademi Puncak Utara.
Di tengah padang, kesemua pemain Pasukan A dan Pasukan B sedang beratur memanjang dalam dua barisan. Biarpun masing-masing kelihatan sedikit lesu selepas seharian belajar di dalam kelas dan aktiviti-aktiviti lain, tiada siapa yang berani bersuara memandangkan Coach Murad sedang berdiri di hadapan mereka dengan riak wajah yang cukup serius.
Di sebelahnya masih lagi Coach Jasmine yang memegang papan fail yang tebal dengan kertas. Para pemain tahu apa maksudnya apabila melihat papan berwarna merah itu.
“Selamat petang, semua,” ucap Coach Murad. Suaranya bergema memecah kesunyian padang.
“Selamat petang, Coach!” balas kesemua pemain serentak.
Johan yang berdiri tegak di barisan paling hadapan Pasukan A sekadar menggumam malas. Sesekali, ekor matanya tajam mengerling ke arah susuk tubuh Aina yang berdiri tenang di hujung barisan Pasukan B.
Aina sebenarnya masih keliru. Tiba-tiba sahaja pesanan WhatsApp masuk dari Coach Jasmine malam tadi, mengarahkannya untuk turut serta lengkap dengan pakaian untuk bermain bola sepak.
Mesti Coach Murah dah bagi lampuu hijau unuk aku berlatih sekali. Bibir Aina mengukir senyuman lebar. Dia berasa lega kerana masih lagi berpeluang untuk berlatih bola sepak sekalipun tiada peluang untuk menyertai perlawanan lagi.
“Tumpukan perhatian,” arah Coach Murad, menepuk perlahan dada fail di tangannya. “Hari ini pihak sekolah dah berikan lampu hijau untuk kejohanan jemputan hujung tahun kita. Untuk pengetahuan kamu, PIBG dah bersetuju untuk keluarkan dana dan terbangkan skuad belia kelab antarabangsa. Buat masa ini baru ada maklum balas dari pasukan Belanda, Belgium, Sepanyol, dan Portugal.”
Mendengarkan pengumuman itu, hampir kesemua pemain terus bersorak teruja. Riak kelesuan mereka sebentar tadi hilang serta-merta. Masing-masing sudah membayangkan peluang emas beraksi di hadapan pencari bakat luar negara.
Namun, di hujung barisan, dahi Aina berkerut hebat. Mulutnya sedikit ternganga.
Biar betul sekolah ni? bisik Aina di dalam hati.
Di Amerika Syarikat, untuk membawa masuk skuad akademi kelab Eropah memerlukan tajaan...