Switch Mode

Taktikal Hati – Bab 13

Tegang

Suasana di dalam bilik persalinan kelab bola sepak terasa tegang dan menyesakkan. Bau peluh yang hapak bercampur dengan aura kemarahan Johan yang sedang meruap menjadikan udara di situ seolah-olah berasap.

Pintu loker dihempas kuat sehingga bergegar.

“Macam mana kau boleh kena lauk dengan budak perempuan tu, Musa?!” jerkah Johan, suaranya bergema memukul dinding bilik persalinan. Wajahnya merah padam.

Musa yang sedang membuka balutan strapping di pergelangan kakinya hanya mampu mendengus kasar. Wajah anak menteri itu mencuka teruk. Malu usah dicerita.

Johan tidak berhenti di situ. Matanya beralih mencerlung ke arah Malique, penjaga gol tinggi lampai yang merupakan anak pemilik rangkaian hotel mewah.

“Dan kau, Malique! Bola lambung macam tu pun kau boleh jatuh tertipu? Kalau dah nampak dia lari masuk kotak penalti, jaga la posisi kau betul-betul!” marah Johan lagi.

Malique mendengus. Tangannya menghempas sarung tangan penjaga gol ke atas bangku panjang. “Kau nak bising apa, Jo? Budak Aina tu hebat gila kut. Aku baru jatuhkan badan nak tutup ruang, bola tu dah melambung atas kepala aku.”

“Alasan bodoh!” Johan meraup rambutnya kasar. Matanya beralih tajam menikam Tarique, saudara kembar Malique yang bermain di posisi tengah. “Kau dengan Sam tadi kenapa berlaga bahu sesama sendiri masa kejar dia? Taktikal apa kau orang pakai ni? Taktikal Mr. Bean?!”

Samuel, anak pemilik perniagaan perabot eksport yang terkenal mementingkan gaya itu tidak membalas. Pemuda berwajah Cina kacukan itu kelihatan lebih berminat membelek skrin telefon pintarnya berbanding melayan...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset