Edgewater
Khamis, 21 Jun 2040
Ethan duduk di birai katil, merenung cat yang mengelupas di dinding seolah-olah itu adalah peta rahsia yang menanti Ethan untuk menerokanya. Dia sedang memikirkan banyak perkara. Terlalu banyak.
Di sebalik dinding itu, suara adik beradiknya kedengaran. Suara Jacob kuat, keterujaan jelas terpancar di dalam suara itu. “Abang, ada kolam renang tak?”
Ethan tersenyum sebelum membalas, “Ada.”
Lily pula memintas, “Yang betul punya kan? Bukan kolam getah?”
Ethan ketawa sebelum menjawab, “Betul. Bukan kolam getah.”
Jordan pula menyusul dengan permintaan seterusnya, “Ada gambar tak, abang? Tunjuklah sikit.”
Lily menyampuk, suaranya semakin kuat. “Tunjuklah. Satu pun jadilah.”
Keterujaan mereka berjangkit. Ia bergetar melalui papan lantai yang usang. Ethan tidak dapat menahan diri daripada ketawa kecil, menggelengkan kepala pada pintu yang tertutup rapat.
“Tunggu esok,” laungnya. “Abang janji berbaloi tunggu.”
Erangan kecewa dan ledakan ketawa membalas kata-katanya. Mereka faham, cuma keterujaan itu membuatkan mereka tidak dapat untuk duduk diam. Ethan tidak kisah kerana suara-suara sebeginilah yang membuatkan rumah terasa benar-benar seperti rumah. Untuk beberapa ketika, dia membiarkan dirinya menikmati segala bunyi ini.
Selang beberapa minit kemudian, kedua-dua mereka sepertinya cuba untuk menahan rasa teruja itu dengan menonoton TV di ruang tamu. Barulah Ethan kembali kepada urusannya.
“Panel Sistem,” Ethan mengarahkan sistem untuk muncul di hadapannya.
Dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan, masih berkira-kira apa yang ingin disemaknya buat masa ini. Status, Misi, Kemahiran, Gedung dan Inventori.
Ethan mengangkat jarinya. Dia tahu tindakan itu tidak perlu. Dia cuma tidak tahu apa yang patut dibuatnya sekarang ini.
“Status,” bisiknya.
Panel di hadapannya berubah serta-merta. Cahaya biru dengan barisan data berwarna putih muncul dan terapung di ruang sempit itu.
[Panel Status] Nama: Ethan Cole Tahap: 3 EXP: 3650 / 4000 Mata Ascension: 10 Kekayaan: Infiniti Atribut Fizikal Kekuatan: 16 Kepantasan: 16 Ketahanan: 16 Atribut Mental Kecerdasan: 26 Karisma: 7 Mata Atribut Bebas: Kemahiran: Tinju (Asas) Jiu-Jitsu Brazil (Asas) Muay Thai (Asas) Tempur Jarak Dekat (Asas) Senjata Api Taktikal (Asas) Ethan tersenyum saat matanya mengimbas semua yang ada. Nombor dan kemahiran yang ada di situ sudah menunjukkan perubahan yang ketara. Berbanding beberapa hari yang lalu, dia sudah menjadi seorang Ethan Cole yang baru, yang sudah terlalu banyak peningkatannya.
Seminggu yang lalu, fizikalnya mempunyai purata dengan angka 4.
Namun hari ini, dia sudah empat kali lebih kuat.
Semua itu adalah bentuk kemajuan. Dia tidak boleh terlalu kejam terhadap dirinya sekalipun realitinya, dia masih terlalu lemah. Belum bersedia untuk dunia ini apatah lagi jika dibandingkan dengan para penguasa yang dilihat di dalam visual tempoh hari.