Switch Mode

Ethan Cole: Sistem Infiniti – Bab 21

Kejutan Kecil

Ethan berdiri di tepi troli yang sarat menggunung, merenung timbunan beg kertas dan kotak di hadapannya.

Isi troli itu tidak ubah seperti rampasan perang dari dunia kapitalis. Pakaian mahal, kasut kulit, komputer riba yang harganya sahaja sudah lebih dari mencukupi untuk dijadikan sebagai bayaran muka kereta terpakai, dan telefon pintar yang spesifikasinya cukup canggih untuk menggodam NASA.

Mustahil untuk aku jalan kaki balik rumah dengan semua ni, fikir Ethan.

Dia mengeluarkan telefon barunya. Panel Sistem Infiniti berkelip muncul pada skrin, sudah siap memuat turun dirinya sendiri.

Menarik.

Ethan sudah dapat membuat kesimpulan bahawa Sistem Infiniti akan mengikutinya ke mana-mana peranti yang dia gunakan. Dia tidak perlu risau jika kehilangan telefon pintar lamanya.

Tapi, kenapa aku rasa sistem ni macam virus? Ikut aku ke mana-mana, kata Ethan di dalam hati. Peduli apa. Virus ni bagi aku duit.

Dia memilih untuk mengabaikan buat sementara waktu segala mekanisme atau logik di sebalik semua ini. Fikirannya sudah cukup penuh dengan banyak perkara. Dia memuat turun aplikasi bank Novan Trust. Kemudian, dia memuat turun pula aplikasi Drift, sebuah aplikasi e-hailing yang hampir semua orang guna di Arland.

Langkahnya mudah. Daftar masuk semula dan hubungkan kad debit dengan akaun.

Kali ini senyuman Ethan melebar. Telefon miliknya tidak lagi lagging. Tiada lagi ralat “Wang tidak mencukupi.”

Semuanya sudah jauh berbeza.

Semuanya sudah menjadi lebih lancar buat dirinya.

Dia menempah kenderaan. Sebuah sedan hitam yang lokasinya sekitar lima minit dari tempat Ethan menunggu.

Pemandu: Hariz Rating: 4.9 Bintang Ethan bersandar pada troli itu, memerhati sekeliling. Pusat beli-belah itu semakin sibuk dengan manusia yang mengejar masa, berlari ke sana ke sini seperti semut hilang gula. Tapi buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, Ethan tidak tergesa-gesa. Dia ada duit. Dia ada sumber. Kini, dia juga mempunyai segala peralatan asas yang diperlukan.

Dia sudah mempunyai jalan keluar.

Langkah seterusnya, dia ingin membawa keluarganya keluar, pindah dari apartmen yang diduduki mereka sekarang.

Sedang dia asyik menyusun rancangan, sebuah sedan hitam berhenti tepat di hadapannya. Hariz melangkah keluar. Dia merupakan seorang lelaki dalam lingkungan usia tiga puluhan, berkemeja polo, dengan senyuman mesra yang jelas kelihatan ikhlas.

“Ethan?”

“Saya.”

Hariz bersiul perlahan melihat...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset