Switch Mode

Taktikal Hati – Bab 21

Identiti

Langkah Johan terhenti sebaik sahaja Zakwan menolak daun pintu pagar kecil sebuah banglo tiga tingkat di sudut jalan Residensi Puncak Sayang. Matanya meliar ke sekeliling halaman yang dihiasi landskap taman Jepun yang cukup rapi, lengkap dengan kolam ikan koi pelbagai warna.

Banglo ini sama besar dan semewah rumahnya. Malah, reka bentuknya jauh lebih eksklusif.

“Masuklah,” pelawa Zakwan, tenang menanggalkan kasut sukannya di anjung rumah. “Kunci pintu pagar tu balik.”

Johan masih terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia berjalan di belakang Zakwan, masuk ke dalam ruang tamu yang dihiasi perabot kayu jati dan hiasan dalaman bertaraf hotel lima bintang.

Selama ini, seluruh warga akademi menganggap Zakwan hanyalah seorang budak biasiswa yang miskin dan menumpang ihsan sekolah. Tapi… apa yang dia lihat sekarang ini menggambarkan perkara yang sebaliknya.

“Zakwan dah balik?”

Satu suara lembut menegur dari arah ruang keluarga. Sepasang suami isteri warga emas yang berpakaian santai tetapi tampak kemas berjalan menghampiri mereka di ruang tamu.

Mata Johan terus membuntang. Dia kenal sangat dengan dua susuk tubuh ini.

Tan Sri Ibrahim dan Puan Sri Zaleha. Mereka adalah pemilik rangkaian perniagaan perhotelan dan hartanah mewah yang statusnya sama gah dan setaraf dengan datuk Johan sendiri!

“Eh, ini macam anak Dato’ Iskandar, cucu Dato’ Jalaludin, kan?” tegur Tan Sri Ibrahim, mengecam wajah Johan. Beliau tersenyum mesra, menepuk lembut bahu remaja itu. “Lama tak jumpa datuk kamu. Dia sihat? Masih sibuk terbang ke sana ke mari lagi?”

Johan menelan air liur, sedikit gementar. “Si… sihat, Tan Sri.”

“Panggil Atuk je. Kat rumah ni tak payah nak berprotokol sangat,” balas Tan Sri Ibrahim sambil tertawa kecil. “Atuk dengan nenek dah lama pencen. Kami dah serahkan tugas urus perniagaan tu seratus peratus pada orang kepercayaan kami. Nak tenang-tenang je sekarang.”

Puan Sri Zaleha mengangguk setuju, tersenyum memandang Zakwan. “Duduk sini tenang. Atuk kamu ni nak dekat dengan masjid. Nenek pula seronok duduk sini, boleh tolong majukan sikit kawasan tempat nenek membesar dulu. Lagipun, kami nak sentiasa dekat dengan Zakwan. Dia sajalah satu-satunya cucu yang kami ada.”

Johan mengangguk faham, tetapi fikirannya masih berkecamuk. Sebenarnya, tidak pelik pun ada orang kaya memilih gaya hidup sebegini. Apa yang membuatkan Johan benar-benar pelik adalah Zakwan.

Bagaimana Zakwan boleh kekal...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.
Taktikal Hati

Taktikal Hati

Status: Aktif Penulis: Disiarkan: 2026 Bahasa Asal: Bahasa Melayu

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset