Switch Mode

Taktikal Hati – Bab 11

Kejutan di Padang

“Over here! I’m free!” laung Aina deras.

Suaranya lantang membelah padang. Adrenalin yang memuncak laju di membuatkan tubuh dan mindanya automatik kembali kepada tabiat dan bahasa ketika beraksi di Amerika Syarikat. Dia benar-benar lupa di mana bumi dipijaknya sekarang.

Dari garisan tengah, Johan yang sedang berjalan malas tidak jauh dari Aina terus melepaskan tawa sinis.

“Amboi, speaking pula minah ni!” perli Johan lantang, sengaja memprovokasi. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Kau berangan tengah main liga antarabangsa ke tu?”

Kata-kata Johan itu pantas disambut dengan hilai tawa dan siulan mengejek daripada barisan pemain elit Pasukan A.

Aina mengetap bibir. Darahnya mula menyirap. Namun, rasa panas di telinganya itu bertambah mendidih apabila dia menyedari rakan sepasukannya sendiri, Pasukan B, turut memekakkan telinga terhadap panggilannya tadi.

“Ish! Sibuk betul budak perempuan ni,” rengus salah seorang pemain sayap Pasukan B. Pandangannya laju dialihkan ke arah lain, tidak mahu melorongkan bola kepada Aina.

Zakwan yang mengawal bahagian tengah turut memilih pendekatan taktikal yang sama. Dia langsung tidak menoleh untuk mencari Aina di garisan serangan. Bagi Zakwan, sifirnya mudah—jika Aina tidak memegang bola, maka mustahil untuk mana-mana pemain elit Pasukan A menjadikan gadis itu sebagai sasaran rempuhan. Biarlah Aina sekadar berlari-lari anak mengawal ruang kosong, asalkan tubuh kecil itu tidak dikasari.

Maaf, Aina, detik hati Zakwan perlahan. Dia meneruskan hantaran pendek bersama pemain-pemain lelaki yang lain, membiarkan Aina terasing sendirian di hadapan.

Aina menghela nafas panjang. Rentak lariannya diperlahankan.

Ego. Masalah ego rupa-rupanya bukan sekadar penyakit berjangkit kem Pasukan A. Pasukan B juga diserang simptom yang sama. Bagi remaja-remaja lelaki...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset