Switch Mode

Ethan Cole: Sistem Infiniti – Bab 51

Kehendak Kejahatan

Pintu automatik gim tertutup di belakang mereka, memadamkan bunyi penumbuk menghentam pad kulit.

Udara petang yang nyaman menyegarkan wajah mereka yang basah lencun dengan peluh. Jam menunjukkan pukul 5:00 petang. Matahari belum menunjukkan tanda-tanda untuk terbenam pada musim panas begini.

Jordan meregangkan tangan, mengerang seperti orang tua yang baru diluruskan.

“Lain macam betul hari ni. Lagi-lagi kau. Tiba-tiba pandai berlawan,” katanya sambil menumbuk bahu Ethan perlahan. “Tapi aku takkan mengalah. Kalau Mark tetapkan standard macam tu, aku sanggup buat apa saja untuk mencapainya.”

Ethan ketawa kecil, walaupun mindanya masih ligat befikir. “Sama. Kita akan usaha lebih lagi. Tak ada masa untuk dibazirkan.”

Jordan menghulurkan penumbuk. Ethan melagaknya tanpa ragu-ragu. Sama seperti mereka selalu lakukan dulu di atas padang bola sepak.

“Jumpa esok?” tanya Jordan sambil tersenyum. Sekalipun santai, itu sebenarnya adalah satu perjanjian.

“Mestilah.”

Mereka berpisah di simpang jalan. Jordan hilang ke dalam lautan orang ramai yang pulang kerja, manakala Ethan memperlahankan langkah, tangan dimasukkan ke dalam poket.

Fikirannya sukar untuk diam dan tenang.

Imej dua lelaki yang mengekorinya pagi tadi muncul semula dalam ingatan. Mata mereka. Benar-benar tiada simpati. Ethan dapat rasakan ketamakan mereka. Dia tidak dapat bayangkan jika yang diburu adalah ahli keluarganya.

Apakah akan ada individu kuat seperti Mark Spencer yang secara kebetulan akan menyelamatkan mereka? Atau mereka akan diculik dan dijdikan tebusan?

Ethan semakin stres memikirkan perkara tersebut. Dia mengucarkan rambutnya, dengan harapan segala keserabutan itu akan turut pergi.

Belum lagi cerita mengenai rasa paranoid yang menghantuinya. Dia masih terasa seperti ada yang mengekorinya.

Setiap langkah menuju ke rumah terasa semakin berat. Keterujaan di gim tadi pudar, digantikan dengan rasa kebimbangan yang tidak pernah berkurang.

“Kelakar betul. Sekarang aku dah kaya,” gumamnya, rasa kecewa memenuhi suaranya, “tapi apa yang aku rasa cuma kebimbangan.”

Dia kemudiannya ketawa kecil. “Macam mana nak nikmati hidup macam ni?”

Sekarang barulah Ethan faham. Kekayaan bukan bermaksud kebebasan. Sebaliknya ia membuatkan diri semakin terdedah. Bukan sahaja dirinya, malah kekayaan ini turut mendedahkan keluarga kepada bahaya.

Langkah Ethan semakin laju. Dia sudah membuat keputusan. Dia perlu memindahkan keluarganya segera.

Sebaik sahaja mereka selamat di sebalik pintu pagar Eco Botanic, dia boleh fokus. Dia boleh berlatih untuk menjadi pelatih Mark. Dia boleh lebih fokus untuk memenuhi tuntutan Sistem Infiniti.

Selang tiga puluh minit kemudian, dia tiba di rumah. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, bau masakan ibunya memenuhi ruang.

Keluarganya sedang berkumpul di meja makan. Elise yang pertama mendongak dan memandangnya. Senyumannya...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset