Switch Mode

Ethan Cole: Sistem Infiniti – Bab 31

Rumah Impian

Kereta itu perlahan-lahan berhenti di hadapan pintu pagar besi yang direka bentuk canti, kukuh dan tinggi. Ia menjerit keselamatan, tapi masih lagi kelihatan megah. Jessica menekan kod keselamatan pada papan pemuka, dan pintu pagar itu terbuka tanpa sebarang bunyi, mendedahkan sebuah dunia impian Ethan di sebaliknya.

Jessica memandu masuk. Pemandangan itu terbentang perlahan, seperti tirai panggung yang diangkat untuk babak kemuncak.

Mula-mula, mata Ethan disajikan dengan kawasan taman—kawasan hijau yang luas dengan tanaman pagar yang dipangkas kemas, air pancut batu bertingkat, dan laluan batu yang berliku di antara pokok-pokok rimbun. Kemudian, rumah agam itu muncul di pandangan.

Ia bukan sekadar besar. Ia adalah mahakarya.

Tiga tingkat tinggi, dibina dengan dinding batu putih kapur dan bingkai tingkap besar hitam. Balkoninya pula dihias seperti sebuah taman tergantung. Anjung luas disokong oleh tiang-tiang elegan.

Gayanya moden, tapi tidak melampau.

Ia kelihatan mewah, tapi masih terasa seperti ‘rumah’.

“Ini…” bisik Ethan, hampir kepada dirinya sendiri. “Lebih daripada apa yang aku bayangkan.”

Dia hanya pernah melihat rumah seperti ini dalam filem, dalam majalah rumah mewah, dan juga dalam permainan video. Tetapi berdiri di sini, di hadapan benda sebenar, semuanya terasa berbeza sama sekali.

Jessica mengerling ke arahnya. Baginya, apa yang dikatakan oleh Ethan sebentar tadi, bukan sekadar kekaguman. Sebaliknya, ia berbaur keraguan. Telinga Jesica menafsir perkara tersebut sebagai ayat sopan untuk mengatakan, “Semua ini di luar kemampuan saya. Jom balik.”

Sekalipun begitu, Jessica memaksakan senyuman. Dia kekal profesional. Dia tidak ingin segera membuat kesimpulan dan berputus asa. Apa yang penting sekarang, alang-alang mereka sudah di sini, dia akan teruskan sahaja kerjanya dan menunjukkan kesemua bahagian rumah ini sebaiknya.

Jessica memberhentikan kereta berhampiran pintu masuk utama dan mematikan enjin dengan satu sentuhan butang. Dia melangkah keluar, tumit kasutnya berbunyi lembut di atas jalan masuk yang ditaburi batu kerikil. Pintu depan yang besar berdiri megah di hadapan mereka, diperbuat daripada kayu oak gelap yang tinggi dengan ukiran menawan.

“Seperti yang saya sebutkan tadi, ini adalah salah satu unit premium kami,” katanya, kembali kepada nada profesional sambil menekan kod keselamatan pada panel pintu. “Sembilan bilik tidur, dua belas bilik air, kolam renang di dalam rumah, panggung wayang mini, gimnasium peribadi, dan bilik kerja dengan pemandangan panoramik. Ada juga rumah tetamu dan kuarters pekerja di luar, di bahagian belakang sebelah...

🪙

Unlock this chapter

Teruskan membaca dengan 10 Bukuz Coin.

10 Coins
Log in untuk baca bab ini.

Komen

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditandakan *

Pilihan

tidak sesuai dengan Dark Mode
Reset